• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy Note ada satu lagi talian hayat tahun depan

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 28/11/2020
  • Komen
Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Kuat desas-desus kebelakangan ini tentang tamatnya hayat Galaxy Note apabila dikhabarkan tidak akan dihasilkan tahun hadapan. Ada yang mengatakan, Galaxy Z Fold 3 akan menggantikan tempat Galaxy Note, sebagai ‘phablet’ yang memiliki S Pen, menandakan tiada lagi Galaxy Note akan dilancarkan pada 2021.

Tetapi muncul pula satu laporan yang menyatakan, Galaxy Note masih ada talian hayat dan ia akan dilancarkan tahun hadapan, di samping Galaxy Z Fold 3. Jadual tahunan Samsung sebelum ini menyaksikan, pelancaran siri Galaxy S dibuat pada awal tahun, diikuti pelancaran Galaxy Note pada akhir tahun. Tahun ini, Galaxy Z Fold 2 dilancarkan di samping Galaxy Note 20.



This is what we hear also.

— Ross Young (@DSCCRoss) November 24, 2020

Perkara ini diperakui oleh Ross Young, penganalisa industri paparan yang memiliki maklumat dalaman berkenaan pemasaran paparan di telefon pintar. Dalam hal ini, Ross mengesahkan tweet @cozyplanes di mana maklumatnya menyatakan bahawa Galaxy Note akan dilancarkan pada 2021 sebagai model terakhir siri tersebut.

CozyPlanes menjelaskan, Galaxy Note baru akan dilancarkan pada September 2021 dan tidak akan ada kesinambungan selepas itu. Pelancaran siri Galaxy Note mungkin akan dibuat bersama pelancaran Galaxy Z Fold 3, dengan watak utama pelancaran adalah Galaxy Z Fold 3.



Beberapa laporan sebelum ini menyatakan bahawa Galaxy S21 Ultra dan Galaxy Z Fold 3 tahun hadapan, akan hadir bersama sokongan S Pen. Tetapi hanya Galaxy Z fold 3 memiliki S Pen di dalamnya. Pelancaran Galaxy S21 juga akan dibuat lebih awal, pada bulan Januari berbanding kebiasaannya pada bulan Februari/Mac.

[Sumber: PhoneArena, @cozyplanes]

Tags: samsungSamsung Galaxy Note 21Samsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?

Siri Galaxy Note ada satu lagi talian hayat tahun depan

28 November 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER