• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Terkenal dengan video reaksi memek muka, Khaby Lame miliki pengikut paling ramai di Tiktok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:51 pm
  • 28/06/2022
  • Komen
Terkenal dengan video reaksi memek muka, Khaby Lame miliki pengikut paling ramai di Tiktok
Share on FacebookShare on Twitter

Khaby Lame, pencipta kandungan TikTok berusia 22 tahun kini merupakan pengguna yang mempunyai pengikut paling ramai di platform itu. Dia mengatasi bintang TikTok Amerika, Charli D’Amelio yang dahulunya memegang takhta itu. Setakat hari ini, Lame mempunyai lebih daripada 144.5 juta pengikut, manakal D’Amelio miliki 142.8 juta pengikut.

Lame, yang berpangkalan di Itali pada mulanya menjadi terkenal melalui penggunaan ciri duet dan stitch di TikTok. Dia memenuhi akaunnya dengan kandungan video reaksi memek muka yang pelik, terhadap petikan video life hacks yang dianggap tidak masuk akal.



@khaby.lame Who does the dishes in your home ❓🤣#learnfromkhaby #learnwithtiktok #imparacontiktok ♬ original sound – Khabane lame

Selain itu, Lame juga ada menghasilkan sketsa komedi senyap. Video yang dihasilkan di Tiktok telah meraih berjuta-juta tontonan dan like. Memang rugi kalau anda tak pernah tonton video Khaby Lame, sebab kebanyakan kandungan yang dihasilkan mampu membuat anda ketawa. Lebih unik lagi, dia tidak menggunakan sebarang dialog untuk video yang dihasilkan.

@khaby.lame I can’t go supermarket ☹️ 🧛 What’s your favourite super hero ❓ #learnfromkhaby #learnontiktok @tiktok ♬ suono originale – Khabane lame

Di samping itu, D’Amelio dan kakaknya, Dixie, adalah antara figura utama TikTok. Mereka terkenal melalui video menari selama beberapa saat dan secara tidak langsung viedo itu memberi inspirasi kepada berjuta-juta pengikut untuk melakukan perkara yang sama. Menurut anggaran Forbes, adik beradik itu memperoleh anggaran USD 27.5 juta, iaitu kira-kira RM120.92 juta pada tahun lalu hasil dari Tiktok.



Ini menunjukkan bahawa Tiktok merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk jana pendapatan. Tiktok ada sediakan banyak cara untuk pengguna mengambil peluang ini di Tiktok. Antaranya adalah dengan ciri Gifting, Live Subscription dan juga melalui penghasilan video yang panjang.

Tiktok di Malaysia

Di Malaysia, ada ramai pencipta kandungan Tiktok yang menghasilkan video kreatif. Ada juga yang menggunakannya untuk perkara berfaedah seperti menyebarkan maklumat sahih. Pencipta kandungannya juga terdiri dari kalangan menteri, guru dan ustaz. Tapi setakat ini, tiada lagi maklumat mengenai pencipta kandungan di Malaysia yang mempunyai pengikut teramai.

Jadi disini dapatlah dilihat yang platform ini bukan sahaja digunakan untuk berhibur, malah ia juga boleh dimanfaatkan sterusnya digunakan dengan baik untuk jana pendapatan.

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Terkenal dengan video reaksi memek muka, Khaby Lame miliki pengikut paling ramai di Tiktok

Terkenal dengan video reaksi memek muka, Khaby Lame miliki pengikut paling ramai di Tiktok

28 June 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN