• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Zero 40 5G bakal dilancar, ada kamera 108MP OIS dengan mod GoPro

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:49 pm
  • 23/08/2024
  • Komen
Infinix Zero 40 5G bakal dilancar, ada kamera 108MP OIS dengan mod GoPro
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia telah mengumumkan mereka bakal melancarkan sebuah telefon terbaru, iaitu Infinix Zero 40 5G. Ia merupakan telefon kelas pertengahan kesinambungan daripada model Zero 30 5G yang dilancar Infinix pada November tahun lepas. Menurut Infinix, pelancaran Zero 40 5G akan diadakan pada 29 Ogos 2024.

Seperti Zero 30 5G, model terbaru Zero 40 5G ini turut memfokuskan keupayaan merekod vlog berkualiti tinggi 4K 60FPS, serta didatangkan dengan teknologi ProStable yang dikatakan dapat memastikan kualiti video yang sempurna. Lebih menarik Zero 40 5G ini turut akan menampilkan mod GoPro terbaru hasil kolaborasi Infinix bersama GoPro. Mod ini akan membolehkan pengguna untuk menyelaras tetapan secara langsung dan menggunakan telefon untuk paparkan rakaman di skrin.



Selain itu, poster yang disertakan turut mendedahkan Zero 40 5G memiliki bulatan besar di panel belakang untuk menempatkan modul-modul kameranya. Ia juga membawa slogan ‘Capture Your Own Story’, yang mungkin merujuk kepada keupayaan merakam hebat pada telefon ini.

Berdasarkan apa yang dikongsi Infinix, Zero 40 5G akan didatangkan dengan kamera utama 108MP OIS dan kamera ultralebar 50MP. Ini menunjukkan kamera ultralebar telah naik taraf ke sensor lebih besar berbanding 13MP pada model sebelum ini, sementara sensor kamera utamanya kekal sama. Sensor kamera hadapannya tidak pula didedahkan Infinix, tetapi berkemungkinan ia adalah kamera 50MP yang sama di Zero 30 5G.



Dalam masa sama, Infinix turut dedahkan Zero 40 5G akan tersedia dalam tiga pilhan warna hitam, perak dan ungu. Bagaimanapun, lain-lain spesifikasi Zero 40 5G masih lagi belum diketahui setakat ini. Namun apa yang pasti, ia akan menggunakan rekaan panel belakang baru, sensor ultralebar yang dinaik taraf serta cip MediaTek Dimensity terkini, berdasarkan hantaran Infinix di Facebook.

Maklumat berkaitan harga sudah tentulah hanya akan diketahui sewaktu pelancarannya nanti. Untuk rujukan anda, Zero 30 5G dilancarkan pada harga RM1,299 untuk RAM 12GB dan storan 256GB.

Adakah Zero 40 5G akan dilancarkan pada lingkungan harga sama? Sama-sama kita nantikan pelancaran Zero 40 5G yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?
  • Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo
  • Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Zero 40 5GZero 40 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Infinix Zero 40 5G bakal dilancar, ada kamera 108MP OIS dengan mod GoPro

Infinix Zero 40 5G bakal dilancar, ada kamera 108MP OIS dengan mod GoPro

23 August 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN