• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 9 sah datang bersama satu perkakas terpenting ini

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
OnePlus 9 sah datang bersama satu perkakas terpenting ini
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar OnePlus 9, pada 23 Mac 2021. Dalam pengumuman itu, mereka turut menyatakan bahawa OnePlus bekerjasama dengan pakar kamera Hasselbald, dalam penghasilan OnePlus 9.

Dalam satu balasan kepada pertanyaan di forum OnePlus, CEO OnePlus iaitu Pete Lau menyatakan bahawa mereka tidak akan melupakan pemilik OnePlus dengan memberikan satu perkakas terpenting di dalam kotak. Perkakas itu adalah kepala pengecas.



OnePlus Warp Charge 65. Sumber

Kepala pengecas dilihat menjadi perkara penting dibicarakan setiap kali pelancaran peranti flagship. Ini kerana pada telefon pintar Apple iPhone 12 dan Samsung Galaxy S21, tidak ada lagi kepala pengecas dan fon telinga berwayar di dalam kotaknya. Perkara ini turut diikuti Xiaomi semasa melancarkan Mi 11 di China. Alasan yang diberikan adalah penjagaan alam sekitar, dengan mengurangkan pembuangan barang elektronik kerana jarang lagi digunakan.

Persoalan seterusnya adalah kuasa mengecas. OnePlus telah memperkenal kuasa pengecas 65W di OnePlus 8T tahun lepas. Tetapi ia adalah teknologi mengecas eksklusif dan tidak serasi dengan teknologi pengecasan yang lebih banyak digunakan seperti Power Delivery (PD) dan Qualcomm Quick Charge. Ini memberi masalah untuk pemilik menggunakan pengecas pihak ketiga bagi pengecasan pantas.



OnePlus 8T Warp Charge 65W

Walaupun belum disahkan, OnePlus dijangka akan memperkenal 3 model telefon pintar dalam siri OnePlus 9 iaitu OnePlus 9R, OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. OnePlus 9R adalah versi ringan, dikatakan memiliki kuasa cip Snapdragon 690, skrin HD Penuh 90Hz 6.5-inci, kamera utama 64MP dan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 30W. OnePlus 9 pula akan dibekalkan cip Snapdragon 888. Manakala versi Pro akan ditambah dengan skrin QHD 120Hz, pengecasan pantas 65W dan kamera dengan kerjasama Hasselblad.

Adakah anda rasa kepala pengecas masih perlu diberikan di dalam kotak, atau lebih baik menyelamatkan dunia dengan membeli pengecas pihak ketiga yang lebih berkuasa dan banyak port untuk digunakan?

[Sumber: AndroidCentral]

Tags: OnePlusOnePlus 9
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 9 sah datang bersama satu perkakas terpenting ini

OnePlus 9 sah datang bersama satu perkakas terpenting ini

9 March 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN