SBM #22 | FaceTime boleh di Android, Strim bola live dengan Sooka & Twitter Blue boleh Undo

Antara berita yang diketengahkan pada minggu ini ialah, apa kemaskini baru yang menarik akan tiba di iOS 15? WhatsApp boleh digunakan di 4 peranti sekaligus? Apa kelebihan platform penstriman Sooka? Dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.

1. Perkara baru iOS 15 diumum di WWDC 2021

Persidangan pembangun sedunia Apple, WWDC 2021 bermula dengan pengumuman kemaskini baru yang akan tiba di iOS 15. Antaranya ialah FaceTime akan boleh digunakan untuk membuat panggilan video bersama Android, Apple akan ada kebolehan Live Text dan halang peranti dikesan orang lain hanya dengan mencabut bateri.

Berita penuh di bawah:

  1. FaceTime boleh hubungi Android
  2. Model iPhone yang menyokong iOS 15
  3. Kecerdasan pintar Live Text
  4. Jejak iPhone walaupun peranti dimatikan

2. OnePlus Nord CE, telefon 5G murah & nipis dengan kuasa Snapdragon 750G

OnePlus melancarkan telefon pintar 5G murah, dikenali sebagai OnePlus Nord CE 5G (Core Edition). Ia dikuasai cip Snapdragon 750G 5G, RAM LPDDR4x sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Ia memiliki ketebalan 7.9mm sahaja, dengan berat 170 gram.

Spesifikasi penuh di sini.

3. Astro minta maaf, beri Disney+ Hotstar percuma sebulan

Ramai pelanggan Astro pek Movie berhadapan masalah menebus pendaftaran Disney+ Hotstar pada 1 Jun lepas. Bagi meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan, Astro akan mengenepikan kenaikan harga RM5 untuk pek Movie pada bulan Jun dan caj itu akan dikenakan bermula bulan Julai. 

Berita penuh di sini.

4. WhatsApp sah akan hadir dengan fungsi berbilang peranti

WhatsApp dilaporkan akan menambah beberapa ciri baru yang penting tidak lama lagi. Pertama ialah mesej terpadam sendiri dengan pilihan tambahan iaitu ‘View Once‘. Kedua, kebolehan menggunakan WhatsApp sehinga 4 peranti dengan 1 akaun.

Berita penuh di sini.

5. Tempahan awal Sony WF-1000XM4 dibuka dengan hadiah percuma bernilai RM399

Sony Malaysia umum telah membuka tempahan awal untuk fon telinga TWS terbaru mereka, Sony WF-1000XM4. Ia tampil lebih kecil, 10% kecil pada fon telinga dan 40% kecil pada bekas pengecas.

Maklumat lanjut di sini.

6. Astro lancar Sooka, platform strim siaran langsung sukan & hiburan tempatan

Astro umum ketibaan Sooka, platform penstriman terbaru yang menawarkan tayangan siaran langsung aksi sukan antarabangsa. Drama dan program hiburan Malaysia juga boleh ditonton melaluinya. Sebagai harga pengenalan, Sooka menawarkan langganan pada harga RM15.90/bulan sahaja, selama 3 bulan. 

Maklumat penuh di sini.

7. Twitter Blue dilancar, ada butang Undo untuk pengguna berbayar

Twitter telah melancarkan Twitter Blue, perkhidmatan berbayar yang memberi fungsi tambahan kepada pengguna. Ada empat fungsi tambahan yang diberikan, antaranya ialah kelebihan butang undo. Apabila pengguna tekan Send pada tweet, Twitter beri masa 30 saat untuk pengguna sahkan tweet itu. Pengguna boleh tekan Undo untuk menarik tweet tersebut.

Ciri lain ada di sini.