Terdapat beberapa isu teknologi yang diketengahkan dalam Soroton Berita Mingguan kali ini. Antaranya ialah merungkai isu WhatsApp menangguhkan penerimaan syarat baru pengguna ke 15 Mei dan juga mengetahui perbandingan tahap kelajuan internet mudah alih Malaysia berbanding negara ASEAN lain
1. WhatsApp tangguh wajibkan pengguna terima syarat baru, dari 8 Februari ke 15 Mei
Pada awal bulan ini, pengguna WhatsApp di seluruh dunia ada menerima notis pop-up di aplikasi, yang menyatakan ada kemaskini terma dan syarat. Pengguna diberi masa sehingga 8 Februari 2021 untuk bersetuju dengan terma baru ini.
Bagaimanapun, selepas mendapat banyak maklumbalas dari pengguna, WhatsApp telah memanjangkan tempoh persetujuan ini selama 3 bulan lagi, iaitu sehingga 15 Mei 2021 bagi membantu pengguna memahami dasar dan fakta mengenainya. Untuk ketahui lanjut mengenai berita ini boleh tekan di sini.
2. Xiaomi Mi Watch tiba di Malaysia, hayat bateri 16 hari & GPS sehingga 50 jam
Xiaomi Mi Watch sudah mula dijual di Malaysia dengan harganya cuma RM469 sahaja. Jam ini dihasilkan berbentuk bulat 1.39-inci, menggunakan paparan AMOLED dengan resolusi 454×454 dan kecerahan sehingga 450 nits. Baterinya berkapasiti 420mAh memberikan hayat tenaga sehingga 16 hari. Lawati laman halaman ini untuk ketahui lokasi jualan dan berita lanjut.
3. Oppo Reno5 Pro 5G & Reno 5 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Oppo telah membawa masuk telefon pertama dalam siri Reno yang menyokong 5G. Bukan itu sahaja, Reno5 Pro 5G adalah telefon pertama dalam pasaran Malaysia yang menggayakan SoC Mediatek Dimensity 1000+. Kedua-dua varian Reno 5 ini boleh ditemui dalam pasaran bermula 27 Januari 2021. Anda boleh dapatkan maklumat terperinci mengenainya di sini.
4. Pelajar sekolah boleh dapatkan buku teks digital percuma melalui portal Delima
Dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendigitalkan bilik darjah, mereka membangunkan Digital Educational Learning Initiave Malaysia (DELIMA) iaitu sebuah portal pendidikan. pelajar sekolah rendah dan seolah menengah boleh muat turun buku teks versi digital melalui portal ini. Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang Delima, boleh klik di sini.
5. Kelajuan internet mudah alih Malaysia ketinggalan berbanding negara ASEAN lain
Ookla, telah mengeluarkan laporan mengenai kelajuan internet jalur lebar tetap dan mudah alih bulan Disember 2020. Dalam laporan itu, Malaysia menduduki tangga ke 3 untuk jalur lebar tetap, manakala bagi internet mudah alih pula Malaysia berada di tangga ke-7. Ini menunjukkan capaian internet mudah alih Malaysia agak ketinggalan berbanding negara jiran di ASEAN. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
6. Realme Watch S Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Jam pintar terbaru Realme, Realme Watch S Pro akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Ia memiliki fungsi penjejak lokasi GPS terbina di dalamnya selain mempunyai skrin sentuh AMOLED berukuran 1.39 inci. Realme mengumumkan harga jualan Realme Watch S Pro ialah RM599. Untuk ketahui lebih mendalam mengenai spesifikasi jam pintar ini, anda boleh tekan di sini.
7. Kingston lancarkan pemacu USB lembu mini 64 GB edisi terhad
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Kingston Technology mengumumkan pelancaran pemacu kilat USB lembu mini 2021 eksklusif di Malaysia. Ianya disediakan dengan kapasiti 64GB dan didatangkan sekali bersama bekas botol susu yang boleh menjadi tempat simpanan USB tersebut. Ianya terhad, maka anda perlu tahu semua tentangnya di sini.